Set Apple Gold 5 Dalam 1, telah diformulasi khas untuk
syarikat DCL oleh pakar dengan formula eksklusif berasaskan bahan mewah
semulajadi dari ekstrak epal hijau, aloe vera, jojoba, kacang soya,
timun, serbuk emas, bio-marine dan bahan-bahan anti penuaan yang
dihasilkan dengan Teknologi Nano terkini. Teknologi Nano berkebolehan
untuk memperhaluskan kandungan produk supaya menghasilkan penyerapan
seratus-peratus. Dengan demikian kulit akan memperolehi kesan sepenuhnya
dari produk tersebut.
Berkonsep ‘Beauty through Nature’, set Apple Gold ini menggabungkan
Teknologi Nano terkini bersama bahan-bahan yang bermutu tinggi, suci dan
semulajadi untuk menghasilkan produk bertaraf global yang memberi
kesihatan kulit keseluruhannya (total skin wellness).
Apple Gold Skincare Set 5 Dalam 1 ini adalah set lengkap untuk kegunaan
anda seharian. Penggunaannya setiap hari dengan cara yang betul dapat
mencerahkan dan menegangkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan
serta mampu membuat kulit menjadi lembut, lembab dan bermaya. Ia juga
dapat mengelakan kerosakan kulit daripada bahaya sinaran UV. Set Apple
Gold ini sesuai diguna oleh semua jenis kulit kecuali yang mempunyai
masalah akne, kulit yang sensitif dan berminyak keterlaluan.
PERINGATAN
Apple Gold Skin care Set 5 dalam 1 tidak boleh digunakan jika mempunyai
masalah akne, kulit sensitif dan masalah kulit berminyak yang
keterlaluan.
Sekiranya anda mempunyai
kulit yang sensitif, sila cuba satu-persatu produk ini dibahagian dagu
atau leher dan lihat kesannya dalam tempoh satu jam. Jika kulit anda
bengkak, gatal keterlaluan atau kemerahan, anda menghadapi alahan dengan
set ini dan tidak digalakan untuk menggunakannya.
Produk ini tidak sesuai
digunakan oleh mereka yang mengalami alahan pada makanan laut.
Penggunaan produk ini mungkin menyebabkan sedikit kegatalan atau
pengelupasan. Ini disebabkan oleh tindak balas asid malik sejenis AHA.
Set ini disyorkan kepada anda yang berumur 25 tahun ke atas. Bagi yang
berumur bawah dari 25 tahun, elakkan dari mengguna Apple Gold Night
Cream.
APPLE BAR
Pembersih muka ini dapat menanggalkan makeup, kotoran
dan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ia juga membantu
menanggalkan kulit-kulit mati untuk melicinkan dan mencerahkan kulit.
Kandungan Serbuk Emas di dalam Apple Bar, berkesan untuk mengurangkan
pigmentasi serta membuat kulit wajah bersinar dan berseri-seri.
APPLE FACIAL TONER
Membersihkan sisa-sisa kotoran pada wajah. Mengimbangi
pH dan warna kulit dan mengecilkan pori-pori. Menghidrat dan menyegarkan
APPLE MOISTURIZER
Mengekalkan kelembapan, mencerahkan dan menegangkan kulit. Membantu
mengatasi tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kulit kendur .
APPLE UV PROTECTION CREAM
Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB yang menyebabkan penuaan
sebelum masa. Krim ini melicinkan kulit dan adalah sangat berkesan
sebagai asas makeup.
APPLE NIGHT CREAM
Menegangkan kulit, megurangkan tanda-tanda penuaan
seperti kedutan, pori-pori terbuka, kulit kendur dan pigmentasi.
Berkesan untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan kesihatan sel-sel
kulit. Mempermuda dan
memperbaiki kulit ketika anda tidur.
Harga:
Semenanjung:
RM398.00
Sabah/Sarawak:
RM428.00